" jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada Tuhan...., ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..., ujian adalah tarbiyah dari Allah.., adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya?, kesenangan yang datang selepas kesusahan...., semuanya adalah nikmat dari Allah.."
Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkan“صبران ال يسير“ yang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.
Asma bintu Abu Bakar
Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahanhan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.
Ummu ‘Amarah
Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka’ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,”Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja.”Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa kemampuan wanita juga tidak diperkecilkan daripada menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.
Rufaidah Islamiyah
Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.
Ummu Salamah
Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.
Khansak
Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.
:: Tazkirah bersama Da'ie ::
"Golongan MUDA kaya dengan speed, Golongan TUA kaya dengan pengalaman, Maka kedua-duanya perlu bersatu untuk menghasilkan gerakan yang MAJU dan LAJU..."
**************************
"Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang berjiwa BESAR dan di belakangnya pengikut-pengikut yang juga berjiwa BESAR"
**************************
"Wahai jiwa, engkau harus terjun dengan suka atau terpaksa. Musuh-musuh telah maju ke medan laga. Tidakkah engkau rindukan syurga..?"
(Madah Abdullah b. Rawahah sewaktu memegang panji peperangan di medan Mut'ah yang akhirnya gugur syahid)
**************************
"Pemimpin yang berPENGARUH lebih hebat daripada pemimpin yang berKUASA"
**************************
Mujahid di tengah medan bagai singa mengganas, Muhajir di dalam diri bagai seorang anak merintih sayu, Mujaddid di tengah umat bagai pakar mengatur rencana, Muttaqin menghadap Ilahi bagai hamba mendapat syurga. Inilah jalan menuju bahagia.
Yang hatinya disalut dengan rasa takwa kepada ALLAH,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah diri,
Yang tidak pernah takut berkata yang benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH,
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang
Menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh,
Lelaki idaman wanita ialah adalah lelaki yang menghormati ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara
Menuju Akhirat,
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidupnya di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat RASULALLAH,,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga mata dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat ALLAH keatasnya,
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa mudanya kepenatan kerana penat membaca,suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya subuh penuh kecergasan kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan,
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati yang baginya hidup di dunia adalah ladang Akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian,
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan dunia kerana dia mengimpikan syurga….Di situlah rumah idamannya dan dia ingin membawa saya bersamanya………….
Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-
1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh
3) Usia yang tinggi idealisme yang luas
4) Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
5) Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.
Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-
1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
2) Generasi amal dan membina jama'iy
3) Generasi rabbani dan ikhlas
4) Generasi yang bernasabkan Islam
5) Generasi da'awah dan jihad
6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
7) Generasi gagah dan agung
8) Generasi seimbang dan sederhana
Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:
1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam
dan keunggulannya
2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
4) Fitnah ijazah dan pangkat
5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak
Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-
1) Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
5) Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
6) Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh
7) Perakui kejayaan anda
8) Tetap merendah diri
9) Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya
Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikanatau kebangsawanan.Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan.Dia hanyalah seoranghamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya.namun dia memiliki aqidahtauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam.Biarpun fizikal wanita inidiseksa dgn berbagai-bagai kesakitan, penderitaan &kesusahan tetapi hatinyatetap kpd Allah swt. Dia menerima penyeksaan ituwalaupun tubuhnya hancurakibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang &hantukan. Namun, demi Islamdia tidak akan menyerah kalah.Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramaiyg tahu kisahketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanitaini tidak punya ijazah,tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagimemiliki pangkat ygbesar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberipenghormatan yg tinggikepadanya.Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipundilonggokkan emassebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah ygtelah bertunjang dihatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah diantara org yg awalmemeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapayg memeluk Islam, tidakseorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman,kata nista danpenindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanitaberbangsa Rom ini telahditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umaral-Khattab membelinya dgnharga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjaditawanan tuannya.Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikanpengislamannya drpddiketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika orglain tiada di rumahatau pada waktu tengah malam ketika org lain sedangnyenyak tidur. Namun,lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium olehmusuh.Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiriiaitu Umar. Siapakahyg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgnsikap kejam, bengis,ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umarterus menampar Zinnirah, menendang, mengikat keduabelah kai tanganZinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari.Bayangkanlah antaraseksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasirpada waktu siang danterlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgnbatu besar dan 1001macam penyeksaan yg diterimanya.Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampumenguntum senyuman. Hatinyatidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah,Allahu Akbar, Allah lahyg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Muwahai Tuhan, akumembeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan diakhirat ". Begitulahungkapan katanya yg menjadi penawar utknya.Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialahmatanya dicucuk dgn besitajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinyamasih mampuberbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebihrela daripada menjualagama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasakehebatan dankeagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makinmenguatkan diri iniutk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilahpetunjuk kpd org ygmenyeksaku ini.Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umarmemeluk Islam setelahmendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah.Malah Saidina Umarmenjadi sahabat yg tergolong KhulafaArrasyidin...Sifat pembengisnyabertukar menjadi lembut, garang bertukar kpd pemaaf,bakhil bertukar pdpemurah,tidak berhati perut kpd bertimbang rasa, giladunia kpd gilaakhirat.Kembali kpd Zinnirah, walaupun matanya buta utkmelihat alam maya tapihatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaranIslam. Pandangan hati bolehmenembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaanZinnirah, org-org Quraisycuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirahbuta kerana menerimalaknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhalaitu tiada sedikitpunkena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan merekabahawa masalah buta ituadalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasamengembalikanpancainderanya seperti biasa.Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabarZinnirah keranamempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksakerana bosan melihatketabahan hatinya.Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak drpd keimanankpd Allah swt. Tiadasiapa yg boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allahswt mengambil sekejapnikmat mata, kemudian memulangkannya semula kpdZinnirah. Allah swtmenggantikannya dgn mata yg lebih baik. Zinnirah bolehmelihat sepertibiasa, lebih terang drpd matanya yg asal. Demikianlahpertolongan Allah swtkepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lamakemudian, SaiyidinaAbu Bakar dtg menyelamatkan Zinnirah dgn membelinyadgn harga tinggi.Terselamatlah dia drpd menjadi penindasan org-orgkafir.Di antara sifat wanita yg solehah ini, dia sentiasamerasa Allah swtmemerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabilanafsunya mengajakberbuat sesuatu perkara yg mungkar, segera pulahatinya bertindak balas dgnmengatakan Allah swt Maha Melihat. Nafsu yg mahuberbuat segera ditepis dgnkatanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dgnneraka?".Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dgnakhlaknya. Hasilnya, hatidan jiwa merasa aman drpd kongkongan hawa nafsu.Kemerdekaan jiwa inilah ygdiperolehi oleh Zinnirah, wanita yg tidak terkenal didunia tetapi terkenaldi langit.Marilah kita berazam dgn membulatkan sepenuhpengharapan memohon pada Allahswt supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah.Sekiranya diuji dgnpelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah.Biarlah iman kita sekuatdirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idolakita, Zinnirah....