Apabila isteri .......


GAD1S yang cantik dan manis sering menjadi pilihan utama lelaki yang ingin mcndirikan rumahtangga. Memang tidak dapat dinafikan, faktor pilihan inilah yang men­dorong lelaki untuk berkahwin. Namun, ada faktor lain yang lebih penting dan utama daripa­da itu. Rasulullah Saw bcrsabda , wanita dikahwini kerana harta, kecantikan, keturunan atau aga­ma. Maka pilihlah yang beraga­ma, nescaya engkau akan ber­untung.

Seorang calon isteri yang sem­purna ialah yang mempunyai ke­empat-empat sifat yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu. Tctapi yang beragamalah yang mejadi pilihan baginda untuk umatnya. Tanpanya, faktor-faktor lain adalah kecil dan tidak pcnting.

Rasulullah SAW ada bersabda: "Dunia adalah perhiasan. Dan per­hiasan yang indah ialah wanita solehah.

Kecantikan memang perlu untuk mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Malangnya kecantikan jugalah yang selalu membawa po­rak perandanya sesebuah rumah­tangga. Hanya wanita cantik yang dididik dcngan syariat sahaja yang akan dapat membahagiakan rumahtangga.

Wanita yang cantik tetapi tidak berakhlak umpama bunga raya yang cantik tetapi tidak berbau wangi .Bcrbeza dengan wanita yang ber­akhlak walaupun tidak cantik, umpama bunga cempaka yang walau pun tidak cantik tetapi wangi baunya

Seorang isteri yang cantik tetapi tidak berakhlak dcngan suami, indah dipandang tetapi hati menderita. Bcrbeza dcngan isteri yang tidak cantik tetapi berakhlak, lama kela­maan suami akan merasai kecanti­kannya ada pada ketaatannya.

Cuma, yang menjadi harangan ialah apabila seseorang itu hanya memilih kccantikan atau kekayaan sahaja sehingga membelakangi pcndidikan dan agama. Hati hanya terpaut dcngan keadaan lahiriah wanita sahaja. Firrman Allah:

Katakanlah jika ayah, anak ­anak, saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta yang kannt mili­ki, pcrniagaan yang kamu takuti kerugiannya, dan rumah-rumah yang kamu sayangi itu, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta bcrjihad di jalan­nya, maka tunggulah Allah akan mendatangkan siksanya."(At-Taubah: 24.)

Untuk mendapatkan rumah­tangga bahagia, isteri perlu dididik. Mendidik seorang isteri perlu ke­pada kesabaran, ketegasan dan kepandaian memainkan perasaan mereka. Jiwa, akal dan perasaan mereka perlu disuburkan dcngan nasihat, panduan-panduan dan pcngkisahan. Kisah hidup wanita­ wanita solehah dahulu seperti, Sayidatina Khadijah, wanita terna­ma, kaya dan jelita yang sanggup berkorban habis-habisan demi Islam atau kisah Sayidatina Fatimah, yang hidup dalam kesusahan kerana selalu ditinggalkan suami, namun masih mampu rnenghadiahkan senyuman manis sewaktu menyam­but kepulangan suami - patut dima­inkan di fikiran mereka. Biar ia melekat di jiwa dan fikiran mercka. Begitu juga dengan kisah-kisah wanita lain yang solehah dan terpuji seperti Siti Aisyah, Siti Aminah, Rabiatul Adawiyah dan sebagainya.

Isteri-isteri yang terdidik dcngan akhlak Islam, mudah terdorong untuk taat dan bcrbakti kepada suami. Sekiranya keadaan dirumah agak menyenangkan hati, pasti suami akan keluar ke tengah ma­svarakat dengan hati lapang dan fikiran terbuka serta semangat baru. Pada lahir sahaja pun ia nampak kemas, bersih dan berwibawa.

Sebaliknya isteri yang gagal dididik oleh suami tcrlalu manja, suka mengongkong pergerakan suami dan selalu mengganggu suami dcngan kerenah yang tidak sepatut­nya. Untuk menghadapi ragam is­teri yang seperti ini, sekali lagi suami perlu kepada ketegasan, bijak dan bertindak sebagai pemimpin dan guru dalam rumahtangga.

Jadikanlah rumahtangga sebagai syurga kecil yang scrnentara yang akan menjadi sumber tenaga untuk kita berjuang mendapatkan syurga sebenar yang kekal abadi.

Rasululah SAW bersabda, " Takutilah kamu kepada Allah dalam persoalan wanita, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berada dibawah kekuasaan mu. Kamu ambil mereka (sebagai isteri) dengan amanah Allah. Dan kamu dihalalkan bergaul dengan mereka kerana kalimah Allah".

0 comments:

Post a Comment