Belajar dari Zinnirah


Zinnirah : Wanita Buta yang Celik Hatinya...


Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya. namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dgn berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kpd Allah swt. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah. Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yg tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yg besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberi penghormatan yg tinggi kepadanya. Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yg telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yg awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yg memeluk Islam, tidak seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dgn harga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya. Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya drpd diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh. Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgn sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperi kemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgn batu besar dan 1001 macam penyeksaan yg diterimanya. Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yg menjadi penawar utknya. Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dgn besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kpd org yg menyeksaku ini. Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yg tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kpd pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kpd bertimbang rasa, gila dunia kpd gila akhirat. Kembali kpd Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza. Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa. Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya. Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak drpd keimanan kpd Allah swt. Tiada siapa yg boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah swt mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kpd Zinnirah. Allah swt menggantikannya dgn mata yg lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang drpd matanya yg asal. Demikianlah pertolongan Allah swt kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar dtg menyelamatkan Zinnirah dgn membelinya dgn harga tinggi. Terselamatlah dia drpd menjadi penindasan org-org kafir. Di antara sifat wanita yg solehah ini, dia sentiasa merasa Allah swt memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yg mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dgn mengatakan Allah swt Maha Melihat. Nafsu yg mahu berbuat segera ditepis dgn katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dgn neraka?". Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dgn akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman drpd kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yg diperolehi oleh Zinnirah, wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit. Marilah kita berazam dgn membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah swt supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dgn pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....

0 comments:

Post a Comment